Tuesday, April 12, 2011

Bad feeling...

Hmmmmmm (a long sigh)....i feel really bad to somebody right now.... i feel ashamed to my self for misunderstanding the person. I should have ask her about the thing before i jump to my conclusion. I feel so sorry.. forgive me my friend.. i will ask for your forgiveness once i am ready to confront you.


Allah.. please forgive my sin ..

Friday, March 11, 2011

1st year Anniversary - 11 Mac 2011

Hari ni adalah ulang tahun perkahwinan 1 tahun saya dan hubby tercinta. Terasa sangat cepat masa berlalu dan sedar tak sedar dah setahun kami melayari bahtera rumah tangga kami. Banyak yang telah kami lalui bersama sejak perkahwinan kami..banyak kisah2 yang manis dan ada juga yang pahit. Tapi kehidupan kami memang penuh dengan cabaran dan dugaan hidup, kerja dan hidup berjauhan dan ntahlah bila agaknya kami dapat tinggal dan hidup bersama.

Yang paling manis dalam kehidupan kami kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Zafran, dia merupakan penyeri hidup kami berdua dan hadiah yang tidak ternilai untuk kami berdua. Kehadirannya adalah tanda ikatan cinta sejati kami yang teguh dan utuh.

Saya sangat berterima kasih kepada suamiku kerana hadir dalam hidup ini tanpa diduga dan dirancang..kemudian dia menerima saya dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.. ikatan pertunangan kami pada 26/11/2009 merupakan tanda kesungguhan dia ingin bersamaku.. dan ini dikuatkan lagi dengan ikatan pernikahan kami pada 11/3/2010. Aku bersyukur kepada Allah atas pemberianMu dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menghargai suamiku agar kami dapat hidup bahagia dan sejahtera sehingga ke pintu syurga. Doaku agar rumah tangga kami sentiasa mendapat Keberkatan Allah dan rahmatNya selamanya. 

Semoga dengan kehadiran anak kita, ikatan keluarga kita yang sedia terjalin erat akan semakin erat dan bahagia selama-lamanya...dunia akhirat. AMIN

I LOVE YOU SO MUCH MY HUBBY...
I LOVE YOU SO MUCH MY SON...


Coretan Facebook daripada suamiku..
''BUAT ISTERIKU YANG TERSAYANG SERTA ANAKKU YG TERCINTA, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-1 . SEMOGA KEHIDUPAN KITA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..I LOVE U ALL SO MUCH"

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman melahirkan Muhamad Zafran 24/1/2011

Pengalaman melahirkan baby zafran adalah saat yang sangat terindah dalam hidup. Sebelum ini saya banyak mendengar dan bertanya kepada teman-teman, kakak, makcik-makcik menganai keperitan dan sakit yang perlu ditanggung semasa proses kelahiran bayi dan ternyata masing-masing memberikan pendapat yang hampir serupa seperti sakit yang amat sangat, sakit yang sukar dinyatakan dengan kata-kata dan macam-macam lagi. Kakak saya juga memberikan petua yang baik kepada saya iaitu cara meneran dengan baik semasa melahirkan bayi nanti, dia kata kalau tak mahu penat dan sakit kenalah meneran semasa kontraksi berlaku dan sekiranya tak ada kontraksi cuba rileks dan jangan meneran. Selain itu saya juga membaca buku ‘’is my pregnancy normal’’ untuk mendapat informasi lebih lanjut mengenai proses mengandung dan melahirkan anak agar saya dapat maklumat yang boleh membantu saya sepanjang 9 bulan mengandung, terima kasih kepada teman saya Audrey kerana meminjamkan buku yang amat penting itu kepada saya.

Ok..biarlah saya bercerita mengenai saat-saat kelahiran anak saya baby zafran. Saya teringat darah mula mengalir selama 3 ke 4 hari sebelum kelahiran anak saya. Saya sempat berjumpa doctor pada 23/1/2011 dan buat scanning sekali dan doctor menyatakan bahawa rahim saya belum ada tanda-tanda bukaan dan darah yang mengalir adalah normal bagi setiap ibu mengandung. Menurut doctor itu lagi, jangkaan bersalin saya mungkin lama lagi dan bayi dalam kandungan pun sihat. Selepas pemeriksaan itu saya dan suami sedikit lega mendengar penjelasan doctor dan kami kemudiaannya balik ke rumah.

Menjelang malam dalam jam 9 pm macam tu, perut mula mengulas-ngulas setiap beberapa minit dan darah yang mengalir pun semakin lebat bercampur lendir, keadaan perut yang memulas berlarutan sehingga subuh. Saya tidak dapat melelapkan mata sedikitpun dan sakit perut yang datang setiap 5 minit itu membuatkan saya sakit dan tidak dapat bertenang. Bila saya baring perut sakit, bila saya duduk perut sakit, saya terpaksa berjalan mundar mandir sepanjang malam untuk menahan sakit perut tersebut dan dalam masa yang sama saya juga terasa sangat mengantuk dan ingin tidur.

Dalam jam 5:30am saya kejutkan suami dan meminta suami untuk menghantar saya ke hospital untuk pemeriksaan disebabkan sakit perut yang berlarutan sejak semalam. Suami bergegas bangun dan setelah menyediakan barangan keperluan baju bayi dan lain-lain kami pun bergerak ke hospital. Setiba di hospital saya terus masuk ke bilik bersalin untuk membuat pemeriksaan dan doctor mengesahkan rahim saya telah terbuka 3cm. Saya langsung ditahan di ward dan diminta tunggu untuk dibawa ke bilik bersalin tingkat atas. Ketika saya ditolak dengan kerusi roda menuju ke ward, saya melihat suami dan mak menunggu di ruangan luar dan mereka tersenyum apabila mengetahui saya akan melahirkan anak pada hari tersebut. Saya mengucup suami dan emak sebelum dimasukkan ke ward bersalin tingkat atas dan sebak di dada tidak terbendung tatkala memasuki ruangan bersalin tersebut.

Ketika dalam ward, saya ternampak 3 orang wanita yang juga sedang menunggu detik kelahiran bayi mereka dan hati saya agak berdebar-debar ketika itu tapi saya usahakan untuk bertenang. Saya dibaringkan dan diperiksa oleh doctor lelaki dan air ketuban saya dipecahkan oleh doctor tersebut. Saya dikawal rapi oleh beberapa orang jururawat di sepanjang tempoh menunggu tersebut. Ketika menunggu, wanita yang baring di sebelah katil saya agaknya sudah bersedia melahirkan anak dan doctor bergegas ke katil wanita tersebut untuk proses kelahirannya, terdengar suara wanita tersebut mengerang dan meneran untuk mengeluarkan bayinya. Hati saya berdebar-debar dan saya turut berdoa agar wanita tersebut selamat melahirkan anaknya dan Alhamdulillah akhirnya bayinya keluar dan semuanya sudah selesai untuk wanita tersebut.

Melirik kearah jam, terasa terlalu lama menunggu untuk masa bersalin tersebut. Seorang jururawat datang ke katil saya dan memasukkan drip ke badan saya dan kemudian dia menyuntik punggung saya sebagai penahan sakit. Selepas itu, kesakitan saya semakin bertambah dan saya jadi agak tidak selesa berbaring atas katil. Apabila saya merasa kesakitan perut yang tidak boleh ditahan dan membuat saya sangat lemah setiap kali ia menyerang, saya memberitahu jururawat tersebut dan dia meminta doctor memeriksa saya. Doktor lelaki yang memeriksa saya menyatakan bukaan saya sudah mencecah 9 cm. Ketika menunggu bukaan sampai ke 10 cm, saya boleh bayangkan kesakitan yang datang setiap 3- 5 minit, memang agak sakit dan sukar untuk ditahan sehingga saya meminta jururawat itu menyuruh doctor meneruskan proses kelahiran tersebut. Saya merasakan rahim saya sudah bersedia untuk mengeluarkan bayi dan saya merasakan keinginan yang sangat tinggi untuk meneran ketika itu. Tidak lama selepas itu, doctor memeriksa saya sekali lagi dan kali ini dia menyatakan yang saya sudah bersedia untuk bersalin. Jururawat berkumpul di ruangan katil saya dan penutup katil ditarik. Kaki dan tangan saya diletakkan pada besi palang dan bila semuanya dah siap saya diminta untuk mula meneran. Saya menggunakan tips yang diberikan kakak saya sebaiknya, walaupun sakit ketika itu tetapi saya masih mampu untuk berfikir tentang cara meneran yang baik. Saya meneran ketika kontraksi berlaku dan jururawat memimpin saya di sepanjang proses tersebut, saya dapat merasakan kepala baby saya keluar dari rahim saya tatkala saya meneran dan proses tu berlanjutan selama hampir ½ jam. Saya sempat terdengar ada suara-suara jururawat menyatakan saya pandai meneran dan ada juga yang bertanya ini anak saya yang keberapa.

 Alhamdulillah tepat jam 2.30pm saya berjaya dalam perjuangan saya melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan sihat bernama Muhamad Zafran. Setelah itu baby saya diletakkan seketika di atas perut saya sebelum dibawa untuk dibersihkan. Perasaan saya ketika itu terlalu bersyukur dan gembira kerana penantian selama ini akhirnya terlaksana. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaannya, itu sahaja yang mampu saya ungkapkan dengan kata-kata. Setelah itu, rahim saya dibersihkan dan luka saya dijahit, bila saya terfikir-fikir jahitan itu lagi sakit berbanding ketika proses meneran mengeluarkan baby saya dari rahim. Saya sempat bertanya jururawat banyak lagikah jahitan yang perlu dibuat dan jururawat berkata 2 jahitan lagi.

Selesai sahaja proses pembersihan dan jahitan rahim. Baby Zafran diletakkan disebelah saya untuk penyusuan badan, tatkala melihat baby, perasaan keibuan dan sayang saya muncul dan saya menitiskan air mata tanda kesyukuran yang tidak ternilai ini. Saya melihat baby saya dengan penuh kasih sayang sambil menyusukannya.

Saya dikeluarkan dari ward bersalin dalam jam 3.30-4pm, terlihat kalibat suami setia menunggu ku di pintu ward dan dia langsung mengucupku sekilas, dia mengekori kami ke ward bilik ibu dan anak. Setiba di ward tersebut, saya ditempatkan di sebuah katil bersama baby saya dan selepas itu suami mengazankan baby kami. Melihat riak wajah suami yang asyik tersenyum, saya tahu betapa dia bersyukur dan gembira dan saya tahu betapa dia menyayangi baby kami. Terima kasih bang kerana setia menunggu ku sehingga bersalin dan setia menemaniku sepanjang rawatan di hospital dan meluangkan semua masanya bersamaku sehingga cutinya habis.